Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera kepada semua pelajar yang saya kasihi sekalian. Alhamdulillah saya kini telah berpeluang mewujudkan lama blog khas untuk memuatkan nota-nota berkenaan modul-modul yang perlu saya sampaikan kepada pelajar-pelajar saya. Diharap dengan ujudnya blog ini akan sedikit sebanyak dapat memudahkan para pelajar mendapatkan nota sebagai bahan rujukan dalam aktiviti pembelajaran di institut. Saya sangat mengalu-alukan lawatan dari para pelajar ke blog ini bagi menimba ilmu dan pengetahuan di mana saya seboleh-bolehnya akan mengemaskini blog ini dari semasa ke semasa secara berkala. Semua nota dan bahan yang diberikan dalam blog ini adalah yang berkaitan dengan modul yang diajar. Terdapat juga nota tambahan yang saya rasakan perlu untuk para pelajar, lalu saya sertakan sekali di sini. Para pelajar juga boleh berinteraksi dengan saya melalui laman blog ini dengan meninggalkan komen atau ulasan dalam ruang yang berkaitan. Sebarang cadangan penambahbaikan akan dipertimbangkan untuk menggiatkan lagi kefahaman para pelajar. Sekian, terima kasih.